Sunday 3 November 2013

Hukum DOA & PUASA Awal Dan Akhir Tahun



Ramai yang bertanya saya hukum DOA dan PUASA awal dan akhir tahun. Sebab mereka keliru ada orang (ustaz) yang mengatakan ia sebagai BID'AH dan SESAT.

JAWAPAN SAYA:

1- Sebelum kita membincangkan isu ini, perlu diketahui bahawa BID'AH bermaksud menyandarkan sesuatu perbuatan kepada Nabi SAW sama ada dalam bentuk perbuatan, percakapan atau perakuan. Oleh itu, setiap perbuatan (IBADAH) yg disandarkan kpd Baginda SAW sedangkan Dia tidak melakukannya maka itu dikira BID'AH yang TIDAK BOLEH diamalkan.

2-Hukum berdoa dan berpuasa sunat adalah dituntut secara mutlak. Oleh yang demikian, setiap doa atau puasa sunat tanpa mengaitkan amalan tersebut kepada perbuatan Nabi SAW secara khusus adalah DIBENARKAN dan TIDAK TERMASUK dalam KATEGORI BID'AH yg terlarang. Sesungguhnya galakan BERDOA atau PUASA SUNAT tidak hanya dikhususkan pada akhir dan awal tahun sahaja. Tetapi ia digalakkan pada setiap masa dan ketika.

3- Bagi umat Islam yang ingin membaca DOA AKHIR dan AWAL tahun DIPERSILAKAN untuk melakukannya. Namun, jangan pula dianggap ia sebagai salah satu SUNNAH yg dituntun oleh NABI SAW. Anggaplah ia sebagai salah satu perbuatan yang biasa dilakukan oleh adat orang Melayu. Lagipun kandungan intipati doa-doa akhir dan awal tahun itu juga baik dan tidak pula membawa erti kesesatan dll.
Walaubagaimanapun, JIKA ada yang tidak berminat untuk TIDAK BERBUAT demikian, mereka juga DIBENARKAN dan mereka TIDAK BERDOSA kerana ia bukan satu arahan yg WAJIB atau Sunnah Nabi yg dituntut secara khusus.

4- Begitulah juga hukumnya bagi mereka yang ingin BERPUASA SUNAT. Teruskan puasa itu tanpa menisbahkan perbuatan itu kepada Nabi SAW kerana dikhuatiri termasuk dalam perbuatan BID'AH yang terlarang. Anggaplah puasa yang dilakukan itu sebagai puasa sunat yang biasa dilakukan seperti hari-hari lain.

Semoga dengan penjelasan di atas, TIADA di antara KITA yang berbalah dan bertengkar. Ingat.. Tiada siapa yang sempurna dalam hal ini. Saling hormat menghormati adalah lebih baik daripada menunding jari kepada kesalahan orang lain. ISLAM itu INDAH.
--------------------------------------------------
Soalan: Apa komen ustaz tentang bacaan doa akhir dan awal tahun sebagaimana diamalkan masyarakat kita? Adakah hadis yang menyuruhnya?

Ustaz Azhar Idrus:

Jangan kita bergaduh tentang soal bacaan doa akhir tahun dan awal tahun. Ini perkara kecil, hanya bab berdoa saja. Walaupun tiada hadis sahih yang menyuruhnya, tetapi tiada hadis yang melarangnya. Jadi, jika berdoa untuk kebaikan, kita akan mendapat pahala. Yang tak bolehnya berdoa yang tidak baik, seperti doa minta orang bercerai supaya bini dia kamu yang dapat!

Jadi, sesiapa yang hendak baca doa ini silakan, dan sesiapa yang tak mahu baca tidak ada salah apa-apa. Jangan kita hanya berani berhujjah pada perkara remeh dan khilaf, tetapi perkara munkar seperti konsert yang dedah aurat, gangnam, k-pop, isu murtad, dan sebagainya kita tak berani nak bersuara!

*Tiada salah membacanya selagimana doanya adalah perkara yang baik-2 cuma jangan disandarkan ia sebagai hadis nabi kerana 
"sesiapa yang berdusta atas namaku maka dia telah menempah tempatnya di neraka." (HR Bukhari dan Muslim). Berdusta atas nama Rasulullah bila mana mengada2kan atau mereka2 hadith yang baru yang datangnya bukan dari Rasulullah.

Moga Bermanfaat. Wallahu'alam.

Tuesday 29 October 2013

Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 


Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.

Dari Abu Hurairah , ia berkata:

“Rasulullah tidak pernah mencerca makanan sama sekali. Bila beliau menginginkan sesuatu, beliau memakannya dan bila tidak suka beliau meninggalkannya”. (HR. al-Bukhari dan Muslim)


Wednesday 23 October 2013

Rasulullah S.A.W Dengan Pengemis Yahudi Buta

Sebuah kisah yang mampu mengalirkan air mata kita :'(

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.


Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.
Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia….

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Monday 14 October 2013

Amalan Menyambut Aidil Adha


Kedatangan 10 Zulhijah yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak kesyukuran kerana berjaya melaksanakan ibadat haji, dan bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, mereka telah berjaya menunaikan puasa dari 1 – 9 Zulhijjah.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).

Apabila tiba 10 hari bulan Zulhijah yang lebih dikenali dengan Hari Raya Korban, maka hendaklah pergandakan usaha untuk melakukan ketaatan kerana sesungguhnya ia adalah hari yang paling afdal di sisi Allah SWT dan dijadikan kehormatan pada sebelah siangnya.

Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:-

SEBELUM 10 ZULHIJAH

Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.

PAGI 10 ZULHIJAH

Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:
نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.

HARI RAYA KORBAN

Aidiladha adalah bagi mengikis kelekaan terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.

1. Takbir

Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.

Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).

Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.


اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. ( × 5/3)
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. 

Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.

2. Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:
لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

Ketika ditelan oleh ikan nun, dalam kegelapan malam dan kegelapan lautan, Nabi Yunus berdoa dengan doa ini. Lalu, Allah menyelamatkannya dan ikan itu memuntahkannya.

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, adakah doa ini hanya khusus untuk Nabi Yunus atau untuk orang mukmin secara umum?”

Rasulullah menjawab dengan firman Allah bermaksud: “Dan kami selamatkannya daripada kesusahan. Begitu jugalah kami akan menyelamatkan orang mukmin.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 88)

3. Berdoa Taubat

Perbanyakkan berdoa kehadrat Allah, terutama merayu kepada-Nya supaya Allah mengangkat kemarahan dan kemurkaan-Nya daripada kita.

Kita merayu kepada-Nya janganlah dibalas jika kita terlupa atau tersilap. Merayu kepada-Nya agar Dia tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul.

Merayulah kepada Allah, agar Dia memaaf, mengampun dan mengasihi kita. Dialah pelindung dan Dialah yang akan memberi kemenangan kepada kita.

4. Solat Sunat Aidiladha

Solat Sunat Aidiladha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji, di Tanah Suci Mekah.

5. Ibadah Korban

Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.

Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HIKMAH AIDILADHA

Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.

Erti Disebalik Korban - Aidil Adha


“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Aidil Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”

Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”

Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”

Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)





Sunday 13 October 2013

Kelebihan Puasa Hari Arafah


Hari 'Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari 'Arafah" (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari 'Arafah. Baginda bersabda; "(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang" (Riwayat Imam Muslim).

Adakah sunat berpuasa pada hari 'Arafah itu ada pengecualian?

Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari 'Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang 'Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).

Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; "Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari 'Arafah bagi jamaah haji yang berada di 'Arafah" (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Thursday 10 October 2013

Bingkisan Doa Saat Aku Jatuh Cinta


Ketika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU...

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari hatiMU...

Ya Rabbul izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalanMU

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai
aku merindukan syurgaMU...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMU,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMU...

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMU,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMU...

Ya Allah , jika kau halalkan aku merindui kekasihMU,
jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU...

Ya Allah , Engkau mengetahui
bahawa hati ini telah terhimpun dalam cinta padaMU,
telah berjumpa dalam taat padaMU,
telah bersatu dalam dakwah padaMU,
dan telah terpadu dalam membela syariatMU,
penuhilah hati hati ini dengan Nur'MU yang tiada pudar...

lapangkanlah dada dada kami
dengan limpahan keimanan
Amiinnn.... Amiinnn....
Ya Robbal Alaminnn....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More